Perkasakan skim kebajikan konduktor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, nasib konduktor dalam industri pengangkutan perlu dijaga dengan kerajaan memperkasakan skim kebajikan sedia ada.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, perkara ini penting jika kerajaan menurunkan had umur untuk menjadi konduktor kepada 18 tahun.

- Advertisement -

Katanya, pindaan kepada Seksyen 56, berkenaan 6A(B), iaitu dalam hal lesen untuk bertindak sebagai konduktor, pemohon berumur lebih daripada 18 tahun.

“Kita tahu perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh pihak menteri sebentar tadi untuk membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada anak-anak muda kita.

“Namun, berapa gaji minimum kepada konduktor dan waktu perkerjaan mereka yang perlu barang kali kita tetapkan dalam akta ini?” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023  di Dewan Rakyat, hari ini.

Khairil Nizam berpandangan bahawa golongan muda yang melibatkan diri dalam industri ini perlu dihantar ke program latihan yang meningkatkan kualiti pemanduan mereka.

Katanya, kursus seperti pemanduan defensif biasanya membabitkan pemandu. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -