Mas Ermieyati Pengerusi PAC baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pencalonan Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disokong sebulat suara oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Mas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dari Pakatan Harapan (PH) yang memegang jawatan itu dalam pentadbiran sebelum ini.

Beliau ialah Ahli Parlimen wanita kedua memegang jawatan itu selepas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari PH dilantik sebagai Naib Pengerusi PAC. – HARAKAHDAILY 4/4/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!