KEPUTUSAN mengeluarkan semua jenis Nikotin termasuk cecair vape dari Akta Racun 1952 adalah suatu keputusan gopoh.
Keputusan ini kononnya demi menambahkan hasil pendapatan negara melalui duti eksais. Adakah hasil cukai lebih menguntungkan berbanding nilai kesihatan rakyat Malaysia?
Suatu persoalan yang kini menjadi tanda tanya, apakah jaminan pihak ‘Kerajaan Madani’ RUU Generation End Game (GEG) dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat bagi menghapuskan generasi perokok?
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang mengecam tindakan pihak kerajaan dan menggesa ‘Kerajaan Madani’ menimbang semula keputusan ini. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Kerajaan jangan memperjudikan nyawa rakyat!
AHMAD AZLAN ABU BAKAR CA (M)
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 3/4/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!