Richarlison nafi punca pemergian Conte

- Advertisement -

Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison menafikan laporan bahawa dia memberi kata dua kepada kelab supaya memecat Antonio Conte, sebaliknya mengaku menyesal tidak memenuhi harapan bekas pengurus dari Itali itu.

Tottenham berpisah dengan Conte minggu ini berikutan beberapa siri insiden yang menimbulkan kemarahan pengurus itu selepas keputusan seri 3-3 dengan Southampton dalam perlawanan Liga Perdana.

- Advertisement -

Richarlison dari Brazil dilaporkan merungut kerana menjadi pemain gantian dalam keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan yang menyebabkan Spurs tersingkir pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Berbohong tentang saya, saya tidak terima! Saya sentiasa hormat Conte,” kata pemain berusia 25 tahun itu dalam media sosial.

“Saya bukan pemimpin pemberontak, ia adalah sebaliknya. Saya minta maaf kerana tidak memberikan sebanyak yang dia harapkan dan saya tidak melakukan sepatutnya untuk dia kekal.

“Dia banyak membantu saya dan setiap kali kami menghadapi masalah, kami menyelesaikannya berdasarkan perbincangan dan profesionalisme. Ini, dia boleh sahkan.”

Penyerang Spurs, Son Heung-min yang bercakap mengenai pemergian Conte, turut berasa bertanggungjawab ke atasnya dan mereka telah menikmati “perjalanan hebat bersama”.

Tottenham berada di tempat keempat dalam carta Liga Perdana dan akan menentang Everton pada Isnin. – REUTERS

- Advertisement -