Piala Negara-Negara Afrika 2023 peningkan kelab Eropah

- Advertisement -

Pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2023 di Ivory Coast akan berlangsung mulai 13 Januari hingga 11 Februari 2024.

- Advertisement -

Tarikh yang diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) bakal mengundang satu lagi pertembungan antara kelab dan negara untuk pemain terkemuka Afrika yang beraksi di liga elit Eropah.

Pertandingan itu sepatutnya diadakan pada Jun-Julai tahun ini, tetapi kebimbangan mengenai cuaca menyebabkan diubah kepada awal tahun depan, ketika pertengahan musim Eropah 2023/24.

CAF cuba untuk mengadakan pertandingan ketika Jun-Julai, tetapi tidak boleh berbuat demikian apabila diadakan di Afrika Barat kerana faktor cuaca apabila hujan lebat melanda bahagian benua itu selama beberapa bulan.

Mohamed Salah dari Liverpool, penyerang Bayern Munich Sadio Mane, Riyad Mahrez dari Manchester City dan Victor Osimhen dari Napoli, adalah antara beberapa pemain penting untuk kelab masing-masing yang boleh terlepas sehingga lima minggu musim depan, bergantung kepada sejauh mana negara mereka melangkah ke pusingan akhir.

Pertandingan selama sebulan itu kembali ke Ivory Coast buat kali pertama sejak 1984, dengan enam negara, selain tuan rumah, telah layak setakat ini, iaitu Algeria, Maghribi, Afrika Selatan, Tunisia, Burkina Faso dan juara bertahan Senegal.

Terdapat dua lagi pusingan kelayakan yang akan diadakan pada bulan Jun dan September, dengan undian untuk pertandingan akhir akan berlangsung sejurus selepas set permainan terakhir pada tarikh yang masih belum ditentukan. – REUTERS

- Advertisement -