Troll: Jangan hina Kaabah

- Advertisement -

TULAR satu troll daripada Page Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang jelas sekali menghina tempat suci agama lslam iaitu Kaabah.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang kami mengecam sekeras-kerasnya troll-troll sebegini yang sangat biadab sementelah kita sedang berada di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagi kami ‘Sesiapa yang menghina agama Islam, pihak kerajaan wajib mengambil tindakan mengikut undang-undang.’ Jangan pandang enteng hal-hal sebegini.

Jangan biadab dengan Islam. Apakah tindakan kerajaan terutama kementerian yang bertanggungjawab terhadap penghinaan ini?”

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang sekali lagi mengecam tindakan sebegini dan menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya.

Kerajaan PH-BN jangan bacul! Dengan membiarkan Islam terus dipersenda.

MOHD ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -