Shahidan sedih semua usulnya ditolak Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) melahirkan perasaan kecewa kerana 14 usul yang dihantar kepada Dewan Rakyat pada mesyuarat kali ini tidak mendapat pertimbangan langsung untuk dibincangkan.

Beliau menyatakan perkara itu ketika membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18 (1) berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor, dilarang menghadiri semua program anjuran Kerajaan Persekutuan.

- Advertisement -

“Saya hantar 14 usul, satu pun tidak dapat dipertimbangkan. Kemudian usul tergempar di bawah 18 (1), semua ditolak.

“Saya seorang Ahli Parlimen yang lama, cukup sedih dengan apa yang berlaku kerana saya terpaksa cakap supaya rakyat lihat bahawa saya tidak main-main perkara ini,” katanya selepas selesai sesi pertanyaan bagi jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai isu Menteri Besar Kedah, katanya: “Saya serius bahawa Kerajaan Pusat diminta jangan berbuat begitu (larangan kepada Muhamad Sanusi). Tidak baik… di bulan puasa.”

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, kemudian meminta Shahidan menghantar usul berhubung perkara itu. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -