Semangat federalisme terhakis di dalam pemerintahan PMX

- Advertisement -

PEMUDA PAS Kedah sentiasa meneliti isu-isu berkaitan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Terkini, Pemuda PAS Kedah mendapat makluman bahawa terdapat arahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tidak melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah di dalam acara LIMA 2023 yang akan diadakan di Pulau Langkawi.

Acara LIMA 2023 merupakan acara yang telah lama diadakan di Pulau Langkawi. Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah sesekali berkelakuan seperti mana Kerajaan Persekutuan sekarang, yang tidak ingin melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah dalam acara berkenaan.

Pemuda PAS Kedah ingin mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa Pulau Langkawi terletak di dalam Negeri Kedah. Adalah tidak wajar acara sebesar LIMA 2023 tidak melibatkan pihak Menteri Besar Negeri Kedah.

Akhir sekali, Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10 (PMX) bagi menilai kembali keputusan untuk tidak melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah di dalam acara LIMA 2023.

Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati semangat federalisme yang diamalkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 30/3/202300

- Advertisement -
- Advertisement -