Ringgit jatuh, nak buat apa?

- Advertisement -

SEBELUMNYA, jatuh bangun nilai Ringgit Malaysia sangat dipengaruhi oleh nilai Dolar US.

Antara faktor yang boleh menjatuhkan nilai Ringgit adalah apabila Dolar US semakin mengukuh.

Bagi mengekang inflasi pasca pandemik COVID-19, US telah menaikkan kadar faedah mereka secara agresif. Memberi kesan kepada nilai mata wang Malaysia dan juga negara-negara lain.

Kesannya, barangan import menjadi lebih mahal, harga barang akan naik, kuasa beli rakyat di luar negara berkurang dan berlaku kenaikan inflasi secara mendadak.

Rafizi Ramli sebelum menjadi Menteri Ekonomi pernah berkata mata wang ini turun sebab negara tidak cukup eksport dan pelaburan.

Rafizi juga pernah berkata kejatuhan Ringgit bukan disebabkan oleh masalah ekonomi dunia tetapi berpunca daripada masalah negara.

“Ia juga bukan disebabkan oleh pasaran semasa yang huru-hara, masalah ekonomi dan kewangan dunia.”

Prof Madya Dr Nazrul Hisyam Ab Razak daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM berkata ada faktor yang boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan semula prestasi Ringgit.

“Faktor lain yang boleh diambil kira adalah tadbir urus korporat. Tadbir urus yang lebih telus juga akan meningkatkan keyakinan pelabur terutamanya pelabur asing agar yakin untuk melabur di Malaysia,” 

Persoalannya adakah reformasi tadbir urus yang telus telah berlaku?

Melantik Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan. Dulu Rafizi cukup marah dengan tindakan ini. 

Dulu Anwar kata, “Bagi dekat anak dia, bini dia, anak menantu dia. Kerajaan ini harta bapa dia ke?”

Selepas naik jadi Perdana Menteri, lantik anak sendiri jadi Penasihat Ekonomi dan Kewangan. Senyap-senyap buat kerja. 

Kronisme dan nepostisme yang menjadi alergi PH dulu hari ini sudah sembuh.

Dakwa PN ambil dana daripada syarikat judi. Buktinya tiada. Bayangan sahaja yang ada.

Dan pada 8 Mac 2023, kecoh TS Muhyiddin ditangkap berhubung projek Jana Wibawa.

Galak mereka menyerang pembangkang. Pertuduhan tergesa-gesa ini lebih utama daripada memfokuskan urusan rakyat dan negara.

Jelas, nyata dan terang lagi bersuluh ini adalah pendakwaan politik terhadap TS Muhyiddin.

Pada hari yang sama jugalah Ringgit jatuh mendadak kepada RM4.52 satu Dolar AS, susut selepas kenaikan 2 hari sebelumnya pada paras 4.47.

Malangnya, pendakwaan ke atas TS Muhyiddin berlaku sebelum lengkap proses siasatan ke atas beliau.  

Tuduhan rambang dan tangkapan dengan bukti yang lemah ini sangat tidak baik untuk negara. Negara luar dan pelabur memerhati.

2 hari selepas TS Muhyiddin dipanggil, Berita Harian melaporkan pelabur asing jual lebih RM500 juta saham tempatan. 

Terbaru, laporan 27 Mac pula menunjukkan pelabur asing telah menjual saham tempatan empat minggu berturut-turut.

Ini bukan kebetulan. Jika kerajaan hari ini terus gagal berperanan dengan baik, tidak mustahil rakyat akan terus hidup dalam keresahan dengan arah tuju tidak menentu kerajaan hari ini.

Sudahlah reformasi yang dilaung-laungkan dulu tidak berlaku, malah mengambil langkah terkebelakang dan ‘bikin tak serupa cakap’

Jadi, Ringgit jatuh rakyat buat boleh apa? Bagi negeri yang akan PRU DUN nanti, buatlah pilihan yang terbaik.

YB HAJAH SALAMIAH MOHD NOR
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Parlimen Temerloh – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -