KETIKA berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, kita tentunya teringat kisah Makcik Kiah. Ketika itu bebanan hidup lebih teruk berbanding sekarang.
Orang ramai sukar menjadi rezeki kerana wabak Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan di setiap daerah. Hanya petugas barisan hadapan yang lebih mudah bergerak.
Biarpun berdepan dengan situasi sukar, namun golongan B40 masih mampu senyum. Ada bantuan yang sampai ke rumah mereka. Lebih menggembirakan lagi rakyat mendapat pelbagai bantuan kerajaan.
Bukan sekadar Menu Rahmah seperti sekarang. Ketika itu keluarga Makcik Kiah mendapat bantuan tunai sehingga RM3,400.
Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4,000 sebulan. Keluarga Makcik Kiah dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1,600.
Selain itu Bantuan Sara Hidup RM600, bantuan pesara (RM500) dan bantuan tunai e-hailing suami (RM500).
Selain itu, keluarga Makcik Kiah dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan. Penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan dan penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan.
Maka tidak hairanlah ketika itu nama Makcik Kiah popular. Semuanya itu berlaku di era kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah Muhyiddin Yassin menyalur bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion. Ia melibatkan suntikan kewangan daripada kerajaan RM5 bilion.
Kerajaan PN juga melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 bilion. Ia dimanfaatkan lebih 20 juta isi rumah.
Selain itu lebih 2 juta perniagaan mendapat suntikan ekonomi lebih RM200 bilion.
Hutang peneroka
Kebajikan kerajaan PN tidak terhenti di situ. PN menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion. Langkah kerajaan PN mengurangkan beban pembayaran balik hutang peneroka sebanyak 80 peratus.
Malangnya selepas kerajaan PN dan Keluarga Malaysia diganti PH-BN pelaksanaan penghapusan hutang peneroka tidak lagi diteruskan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi dilapor berkata penghapusan hutang peneroka secara berterusan memberi impak besar terhadap aliran tunai Felda.
Inilah harga mahal yang perlu dibayar rakyat. Tidak terhenti dengan isu hutang peneroka, kerajaan PH-BN juga dilapor memansuhkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bermula 1 April 2023.
Walaupun peminjam boleh beralih kepada Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), tetapi ia mungkin membantutkan hasrat pemohon berpendapatan tetap untuk memiliki rumah.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Amzad Hashim musykil terhadap Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), seolah-olah ‘mengawal dan mempolarisasikan’ pemilikan kediaman.
Beliau bimbang penglibatan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura dalam merangka pelan seperti itu.
Inilah disebut orang tua-tua, sekali banjir sekali pantai berubah. Perumpaman Melayu itu tidak jauh bagi menggambarkan kondisi yang berlaku sekarang.
Setiap kali teraju kerajaan bertukar, polisi kerajaan juga berubah. Inilah yang memeningkan kepala rakyat. Pada 9 Mei 2018 rakyat menunggu perubahan dibawa kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH).
Kata seorang pemerhati politik Dr Rahman Shaari, setelah PH menang pada PRU 2018 mereka tidak berbuat sesuatu yang bermakna untuk rakyat.
“Harga petrol dan barang-barang secara keseluruhan tidak turun dan ia diambil ringan (kerajaan). Di media sosial kerap berkumandang slogan kerajaan sepenggal,” catatnya dalam buku ‘Politik Tuk Ketua Yang Muram dan Yang Tenteram’.
Politik reda seketika selepas muncul kerajaan baharu setelah PH tumbang angkara perebutan jawatan pada akhir Februari 2020. PN muncul dan mengstabilkan semula kerajaan.
Namun, politik divide and rule yang diamalkan Umno berjaya menukar teraju kerajaan. Umno berjaya singkirkan Muhyiddin di kerusi perdana menteri.
Namun, impian Umno untuk kembali ke era lama pada PRU15 punah apabila hanya menang 26 kerusi pada PRU15. Sejarah yang menimpa Umno di era Zahid Hamidi lebih teruk berbanding Najib Razak.
Ketika Najib mengemudi Umno bagi menghadapi PRU14, Umno masih menang di 54 kerusi. Namun di era Zahid, kerusi Umno tinggal 26. Umno merosot teruk.
Biarpun penganalisis yang dekat dengan kerajaan menggambarkan Umno segar semula selepas Perhimpunan Agung Umno 2021 pada 18 Mac lepas, namun telahan itu sekadar catatan di kertas.
Bukti pergolakan masih berlaku. Sulaiman Md Ali tiba-tiba meletak jawatan Ketua Menteri Melaka. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Krisis Umno Melaka sudah lama membengkak. Situasi itu juga tidak dapat dinafikan boleh menular ke Johor. Dalilnya dapat dilihat apabila Norden Khalid dilantik sebagai Pengerusi Umno Johor.
Sebelum itu pada 27 Januari lepas Hasni Mohamad digugurkan daripada jawatan sebagai Pengerusi Umno Johor.
Sedangkan di negeri-negeri lain Menteri Besar dilantik Pengerusi Umno Negeri. Namun, Onn Hafiz Ghazi yang dilantik Menteri Besar Johor ke-19 terpinggir.
Isyarat yang berlaku di Melaka semakin jelas. Namun Onn Hafiz agak lebih selamat kerana… – HARAKAHDAILY 30/3/2023