Jasa penjawat awam wajar dihargai

Ustaz Hafez Sabri mengedarkan kurma di Balai Bomba Meru Raya, Tambun, Ipoh, Perak pada 30 Mac 2023.
- Advertisement -

TAMBUN: Penjawat awam memainkan peranan besar dalam negara bagi melaksanakan kerja-kerja sistem pentadbiran negara yang sistematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Manjoi, Ustaz Hafez Sabri berkata, penjawat awam juga boleh diklasifikasikan sebagai ‘orang tengah’ yang menghubungkan rakyat dan juga pihak kerajaan sekali  gus bertindak sebagai pendukung aspirasi negara.

- Advertisement -

“Sejak menjadi ADUN Manjoi ini, secara tidak langsung hubungan saya dengan mereka (penjawat awam) bertambah erat. Ini kerana saya sendiri akan turun padang membincangkan masalah-masalah rakyat Dun Manjoi bersama mereka,” katanya 

Beliau berkata demikian ketika ditemui HarakahDaily dalam sebuah program edaran buah kurma dan takwim Ramadan ke agensi-agensi kerajaan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, di sini, pada hari ini. 

“Penjawat awam (ini) saya kira sangat-sangat berjasa kepada masyarakat. (Maka) saya amat menggalakkan kepada rakyat agar sentiasa menghargai mereka dengan mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain,” ujarnya..

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penghargaan kepada Dewan Muslimat PAS Tambun khsususnya Muslimat DUN  Manjoi yang telah berusaha menjayakan sebuah prorgam yang murni ini.

Antara lokasi yang diziarahi termasuklah balai polis, klinik kesihatan, pejabat kastam dan Balai bomba sekitar DUN Manjoi. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -