Anwar dan kegagalan madani

- Advertisement -

KERAJAAN sekarang memang pandai berkata-kata. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri pastinya akan disambut dengan sorakan oleh para pentaksub beliau.

Namun, apabila kita semakin mengenali Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semakin kita tahu bahawa setiap yang diucap oleh beliau lebih banyak bayangan yang samar, sangkaan yang meleset, dakwaan yang tidak berasas dan kenyataan yang jauh daripada kebenaran. 

Sudah tidak terkira tuduhan dan fitnah yang telah Dato’ Seri Anwar Ibrahim lontarkan sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Sama seperti ketika beliau menjadi pembangkang, berulang-ulang pembohongan dilaungkan.

Tuduhan melulu tanpa bukti dijadikan modal untuk memburukkan pembangkang. Penyokong PN pula dihina dan dinafikan hak bersuara. Tetapi Zahid dengan 47 pertuduhan diberi seribu satu keistimewaan. Pimpinan Umno pula terus menerus diberi ‘ghanimah’ jawatan.

Kalau dulu dalam setiap Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin adanya pengumuman bantuan dan inisiatif yang diberikan untuk bantu rakyat.

Namun sekarang dalam setiap Sidang Media Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim lebih banyak tuduhan-tuduhan memburukkan pihak lawan politik beliau.

Sudah lebih 100 hari memerintah, apa rakyat dapat? Harga barang yang mahal. Kena cagar simpanan KWSP. Pemansuhan Skim Rumah Pertamaku. Pengecualian cukai pencarum SSPN dihentikan.

Sebelum negara makin nazak, rakyat makin tenat, kita perlu hentikan segera kezaliman dalam pentadbiran Perdana Menteri ke-10 (PMX) ini. Tiada apa yang boleh diharapkan dari Kerajaan Anwar-Zahid. Negara ini milik kita semua, bukan milik kumpulan Umno-PH sahaja.

Dalam sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan ini, apabila barisan Ahli-ahli Jemaah Menteri berhadapan dengan krisis kepercayaan oleh rakyat dan pelabur asing seperti ini, hanya KDYMM Yang di-Pertuan Agong menjadi satu-satunya harapan rakyat untuk menyelamatkan negara daripada krisis pentadbiran negara seperti ini.

Sejarah telah buktikan bahawa KDYMM Yang di-Pertuan Agong cukup berpengalaman dan amat bijaksana untuk menyelamatkan negara ini sekali lagi dan rakyat pastinya akan sentiasa mendukung setiap usaha-usaha jiwa besar untuk negara seperti ini.

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -