SEBANYAK 28,000 ‘engagements’ dicatatkan dalam masa 24 jam bermula 27 Mac 2023 sejak CEO LHDN dan Timbalan Menteri Kewangan membuat pengesahan bahawa pencarum SSPN tidak lagi layak untuk menuntut pelepasan cukai individu mulai tahun taksiran 2023.
Rata-rata netizen menyuarakan kemarahan apabila satu persatu inisiatif yang mengurangkan beban rakyat ditarik semula oleh kerajaan.
“Baru lepas pengecualian 10 peratus deposit rumah kena tarik, dia tarik pula pengecualian cukai untuk pencarum SSPN. Makin ramailah yang keluarkan simpanan dalam SSPN,” – Netizen.
“Saya khuatir ramai ibu bapa akan menarik semula skim SSPN atau SSPN-i PLUS disebabkan kebimbangan ekonomi merudum ditambah lagi tiada lagi pengecualian cukai. Esok-esok kita tidak tahu apa akan jadi kelak.” – Netizen
“Walaupun mungkin pelepasan ini asalnya disasarkan kepada T20, tetapi M40 juga terkesan kerana mereka juga mencarum. Selain itu, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai faktor dalam menentukan pelepasan cukai dan polisi-polisi kerajaan. Tidak semata-mata hanya berdasarkan kelas pendapatan B40, M40 dan T20. Ada T20 yang hanya berada di ‘borderline” T20.” – Netizen
Berdasarkan data pada bulan Mac 2023, jumlah akaun pendeposit di SSPN ialah 5.79 juta.
QGENANALYST – HARAKAHDAILY 29/3/2023
Sumber:
1. Analitika Ilmuwan
2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1082496/tiada-lagi-pelepasan-cukai-untuk-caruman-sspn?fbclid=IwAR0hdPsH_BBgvKXeFdC2Utw_5RQT21tOVKj5Igb2YqYejHI_ZZ7qZc9tE6s
3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-lagi-pelepasan-cukai-untuk-pencarum-sspn-tahun-ini-
4. https://twitter.com/BuletinTV3/status/1640197030155804672/photo/1
5. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1075658/buat-simpanan-dalam-simpan-sspn-untuk-masa-hadapan-anak
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100042985766158/posts/pfbid029DHCjMm1nSgPjBF6ANRjWgk2GLqweCShQjqd63CDuffnPNm4sz1PRhVgcWY3rJqnl/?mibextid=Nif5oz
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!