SOSMA masih relevan – KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpandangan bahawa undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

- Advertisement -

Menurut KDN, SOSMA 2012 merupakan undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ada diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya KDN dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan [PN-Kota Bharu] di Dewan Rakyat, hari ini.

Takiyuddin dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (S0SMA) seperti yang didesak oleh pemimpin beberapa parti politik di negara ini. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -