Provokasi Page Zunar Cartoonist Fan Club

- Advertisement -

PEMUDA PAS mengecam dengan penuh kehinaan terhadap perbuatan hina page facebook yang menggunakan nama Zunar Cartoonist Fan Club, yang mengaitkan Kaabah yang menjadi lambang kesucian umat Islam dengan dendam dan sindiran terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Ternyata gambar yang bersifat ‘troll’ ini tanpa ada rasa kemuliaan kepada Kaabah dan kesucian Islam oleh pelukis ini adalah suatu bentuk provokasi yang melibatkan kesucian agama Islam. 

Pemuda PAS akan menggerakkan laporan polis besar-besaran terhadap pelukis dan admin page Zunar Cartoonist Fan Club atas penghinaan ini apatah lagi umat Islam sedang menyambut bulan mulia Ramadan. 

Sensitiviti ini gagal difahami dan dihayati oleh pentaksub Pakatan Harapan kerana nilai agama seolah bukanlah mustahak bagi mereka sehingga sanggup menjadikan lambang kemuliaan agama ini sebagai bahan mainan bagi menjentik emosi musuh politik ketika pihak kerajaan gagal memberi justifikasi kehadiran Perdana Menteri ke-10 (PMX) ke Arab Saudi. 

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -