Penjenayah seksual patut dipenjara hingga 30 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hukuman 20 tahun tidak memadai kepada penjenayah seksual yang disabitkan kesalahan apabila terdapat gambar atau video mangsa yang dirakam dimuat naik ke media sosial.

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, rakaman yang dimuat naik di media sosial bukan hanya memberi kesan jangka masa pendek, malah jangka masa panjang.

- Advertisement -

“Saya melihat bahawa apabila terdapat gambar atau video idirakam dan dimuat naik di media sosial dan sebagainya, ia akan memberikan kesan bukan hanya jangka pendek tetapi jangka masa panjang.

“Ada kanak-kanak yang sudah meningkat dewasa pun, bahan itu masih lagi berada dalam media sosial an sebagainya.

“Bagaimanakah mereka akan berhadapan situasi ini apabila besar nanti, pastinya akan membawa trauma yang sangat besar dalam kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap penjenayah seksual dikenakan hukuman sewajarnya dengan tempoh hukuman penjara lebih daripada 30 tahun seperti David Finkelhor dalam bukunya yang menyatakan ‘the prevention of childhood sexual abuse’ yang mencadangkan antara 20 hingga 30 tahun.

“Sepatutnya hukuman yang diberikan di bawah akta ini juga patut maksimum 30 tahun,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -