Lambakan graduan perubatan belum dapat penempatan

Dato' Dr Alias Razak
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak [Kuala Nerus] meminta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah kementerian untuk menangani lambakan graduan perubatan yang masih belum mendapat penempatan.

- Advertisement -

Beliau mengemukakan pertanyaan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan soalan mereka pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pihak Kementerian mempunya perancangan untuk menaik taraf klinik kesihatan di Parlimen Kuala Kedah berikutan penambahan perumahan dan kepadatan penduduk.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan berapa jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung (yang mana keluasannya terus berkurangan) dan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.                   

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan Berapa jumlah bajet yang diperuntukkan oleh pihak Kementerian untuk tahun 2022 dan 2023 bagi tujuan pelaksanaan tabika dan taska KEMAS di seluruh negara serta perancangan masa hadapan Kementerian untuk melatih guru-guru tabika dan taska KEMAS supaya aspek pembangunan profesionalisme mereka seiring dengan perubahan zaman dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dari kalangan kanak-kanak prasekolah.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan Kor Agama diwujudkan di dalam PDRM seperti mana telah diwujudkan di dalam ATM.

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah hospital Kerajaan yang mempunyai doktor pakar, jumlah hospital Kerajaan yang belum mempunyai doktor pakar dan bilakah semua hospital Kerajaan akan mempunyai doktor pakar demi kebajikan rakyat dari segi pemeriksaan kesihatan, rawatan dan kecemasan.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah anggota polis yang bertugas secara jarak jauh dengan keluarga dan apakah bentuk kebajikan yang disediakan kepada mereka.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah strategi pihak Kerajaan dalam mengatasi masalah peningkatan mismatched skill dalam kalangan tenaga kerja muda khususnya wanita muda sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perkembangan terkini projek rancangan tebatan banjir (RTB) di negeri Kedah terutamanya melibatkan pembangunan Empangan Sabo dan Perkampungan Iboi bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan status Projek Perumahan Rakyat Bukit Belah di Machang, dan bilakah penerima yang terpilih akan dapat berpindah masuk.           

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah Kementerian dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan sekiranya ada perancangan daripada Kementerian untuk mewujudkan Balai Bomba dan Penyelamat di gugusan FELDA.

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa bilangan jenis dadah yang dikategorikan sebagai NPS yang dikesan dalam negara dan adakah Kerajaan bercadang untuk menyenaraikan dadah sintetik psikotropik benzo dalam perisa vape sebagai dadah terjadual.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (S0SMA) seperti yang didesak oleh pemimpin beberapa parti politik di negara ini.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan maklumat terbaharu adakah Projek Perintis Pulau Karbon Rendah pertama di Malaysia akan diteruskan di Pulau Tuba yang dicadangkan oleh Kerajaan yang lepas di bawah KASA untuk direalisasikan menerusi kolaborasi dan kesepakatan dengan Kerajaan Negeri.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) perancangan dan jaminan Kerajaan agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki tidak melebihi 5 orang pekerja bersedia untuk melaksana dasar gaji minima RM1,500.00 pada bulan 1 Julai 2023 nanti; dan

(b) tindakan kepada syarikat-syarikat  yang tidak mampu melaksanakannya.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk menangani lambakan graduan perubatan yang masih belum mendapat penempatan.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:

(a) bilangan wanita yang mengalami sakit puan bagi tempoh 5 tahun; dan

(b) punca dan penyelesaian kepada masalah penyakit ini.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan tegas yang dilaksanakan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing yang semakin meningkat sejak sempadan dibuka sehingga menjejaskan industri perikanan negara.

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status permohonan rancangan tebatan banjir bagi menangani masalah banjir di daerah Perak Tengah yang sering berlaku apabila tiba musim peralihan monsun yang telah dipohon di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan 4 – RP4).    

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah banduan dan perincian fasiliti penjara serta apakah nisbah warden penjara kepada bilangan banduan. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -