Kos siling paling rendah bina rumah tiga bilik

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan diminta menyatakan berapakah kos siling paling rendah bagi pembinaan rumah tiga bilik tanpa kos infrastruktur.

- Advertisement -

Senator Sr Mohd Apandi Mohamad bertanyakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menyatakan cadangan di manakah ia akan dimulai untuk direalisasikan.

Soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Negara hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan berapakah jumlah kes barangan tiruan yang melibatkan pelbagai barangan pengguna mengikut kategori barang, tangkapan, pendakwaan, nilai rampasan dan hukuman.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia dalam aspek ekonomi berteraskan Malaysia Madani.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status terkini tuntutan hak milik Laut China Selatan, khususnya perairan Sabah dan Sarawak di peringkat antarabangsa.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan apakah tindakan, pelan dan aktiviti peringkat persekutuan yang telah diadakan oleh Kementerian dalam urusan mempromosikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, dari Disember 2022 hingga kini. Jelaskan secara spesifik.          

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah pihak Kementerian akan mengusahakan lebih banyak kawasan hentian rehat dan rawat di sepanjang Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) bagi memudahkan perjalanan jarak jauh pengguna lebuh raya tersebut.

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan akan membina sebuah lagi hospital di Daerah Johor Bahru, Johor.

Datuk John Ambrose minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh mana kajian yang dibuat berhubung cadangan pembinaan lebih banyak Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dan bandar span (sponge city) di kawasan yang berisiko banjir.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah kemajuan tindakan penambahbaikan yang telah diambil terhadap aduan rakyat di luar bandar bahawa Kementerian dan agensinya tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan kesukaran mereka untuk mendapat capaian internet pada kualiti yang sepatutnya. Apakah status terkini usaha untuk meningkatkan kualiti capaian di Kg Padang (Kg Badak) Mukim Tekai Kiri, Daerah Padang Terap, Kedah dan seluruh jajahan Tumpat, Kelantan.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan yang bakal diusulkan oleh pihak Kerajaan dalam menangani masalah generasi yang hilang (lost generation) yang masih belum menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan mengeja).

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah pelan pemulihan dalam sektor pelancongan pasca COVID- 19 yang terjejas teruk.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Kewangan menyatakan apakah pendirian Kerajaan dalam membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Kewangan menyatakan apakah yang menjadi halangan untuk Kelantan menerima royalti sebagaimana perjanjian royalti tahun 1975 yang telah ditandatangani.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Ekonomi menyatakan berapakah peratus kemiskinan masyarakat Siam mengikut negeri dan apakah program-program yang boleh disertai oleh masyarakat Siam bagi meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan mereka.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah Langkah-langkah jangka panjang bagi mengawal selia harga sawit Malaysia sebagai produk kawalan Kerajaan.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah pendirian Kerajaan berhubung dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans- Pasifik (CPTPP) yang dikatakan memberi implikasi besar terhadap sektor pertanian.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah pihak Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan takungan air yang dikenali Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Machang, Loji Rawatan Air (LRA) dan juga pemasangan paip bagi mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) dalam menangani isu air Negeri Kelantan.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan mengkaji untuk menurunkan kadar OPR khusus bagi membantu rakyat dalam mengurangkan beban hutang.

Sr Mohd Apandi Mohamad

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan berapakah kos siling paling rendah bagi pembinaan rumah tiga bilik tanpa kos infrastruktur dan nyatakan cadangan di manakah ianya akan dimulai untuk direalisasikan.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perancangan untuk meningkatkan pendedahan dari segi masa pembelajaran para pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dalam STEM memandangkan nisbah peratusan mata pelajaran bukan STEM dalam aliran perdana masih tinggi berbanding dengan mata pelajaran STEM. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -