Humza Yousaf, Ketua Menteri Islam pertama Scotland

Pemimpin baharu Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Humza Yousaf, yang dijangka mengangkat sumpah selaku Ketua Menteri Scotland pada hari ini, 28 Mac 2023, menandatangani borang pencalonan bagi jawatan tersebut di Parlimen Scotland di Edinburgh (FOTO: AFP)
- Advertisement -

SCOTLAND: Humza Yousaf telah dipilih untuk menggantikan Nicola Sturgeon sebagai pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dan menteri pertama (Ketua Menteri) Scotland yang seterusnya.

Bekas Menteri Kesihatan dalam kabinet Sturgeon merupakan calon pilihan ramai SNP, termasuk Sturgeon sendiri itu mencipta sejarah sebagai orang Islam pertama meraih jawatan tersebut.

- Advertisement -

Yousaf, 37, yang menang dengan mendapat undi 52 peratus daripada anggota dalam persaingan sengit dengan dua pesaingnya berikutan peletakan jawatan secara mengejut oleh Sturgeon, pada Feb lalu, lapor Reuters.

Beliau menang tipis ke menewaskan Menteri Kewangan, Kate Forbes, untuk menjadi pemimpin SNP, manakala mantan menteri kabinet, Ash Regan, di tempat terakhir.

Sementara BBC pula melaporkan sebelum ini, Timbalan Menteri Pertama  Scotland, John Swinney meramalkan Yousaf akan ‘melengkapkan perjalanan kita (Scotland) menuju kemerdekaan’.

Scotland bersama-sama Wales, Ireland Utara dan England bernaung di bawah United Kingdom,  yang mana Scotland yang terletak di utara pulau Great Britain adalah sebuah negara berdaulat yang merdeka sehingga tahun 1707 sebelum  membentuk kesatuan politik dengan England dan menjadi Kerajaan UK atau Great Britain.

Tepat sepertimana ramalan Swinney, Yousaf, berikrar untuk meneruskan perjuangan SNP bagi mendapatkan kemerdekaan bagi Scotland.

“Rakyat Scotland mahukan kemerdekaan sekarang, dan kami adalah generasi yang akan mendapatkan kemerdekaan bagi Scotland,” katanya semasa ucapan kemenangannya, tambah Reuters.

Beliau memberitahu bahawa ‘keutamaan segera’ adalah bagi melindungi rakyat Scotland daripada krisis sara hidup dan memulihkan perkhidmatan awam.

“Saya berhasrat untuk memimpin Scotland dan memelihara kepentingan semua rakyat, tanpa mengira apa kecenderungan politik anda,” tegas Yousaf sambil menambah yang  beliau akan bekerja secara ‘konstruktif’ dengan kerajaan Konservatif Britain.

Ketokohan Yousaf tidak dinafikan adalah yang paling berpengalaman berbanding kesemua pesaingnya, dan beliau elah berkhidmat dalam kerajaan negara itu sejak tahan 2012 dalam peranan termasuk Setiausaha Kehakiman dan Menteri Pengangkutan.

Penyokongnya  tambah laporan BBC berkata, beliau adalah seorang komunikator yang digilap yang berada pada kedudukan terbaik untuk menyatukan parti dan mengekalkan perjanjian perkongsian kuasa dengan Greens Scotland, selepas apa yang telah menjadi pertandingan kepimpinan yang sangat rumit.

Sementara tambah Reuters, Yousaf mencipta rekod  pemimpin Scotland paling muda, memegang jawatan beberapa bulan selepas Rishi Sunak menjadi Perdana Menteri Britain paling muda dalam sejarah moden negara itu ketika elangkah ke Downing Street pada usia 42 tahun.

Anak kelahiran Glasgow itu mengucapkan sumpah dalam bahasa Inggeris dan Urdu, semasa pertama kali dipilih menjadi Anggota Parlimen Scotland pada 2011, sebelum menjadi orang Islam pertama berkhidmat dalam kabinet negara itu. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -