Bukan Wan Ahmad Fayhsal buat laporan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mendesak RSN Rayer (PH-Jelutong) menarik balik dakwaannya bahawa Ahli Parlimen Machang, membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri.

Ketika bangun membangkitkan Peraturan Dewan, Awang mahu Ahli Parlimen DAP terbabit menarik balik kenyataan memandangkan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, tidak membuat laporan itu.

- Advertisement -

Katanya, Ahli Parlimen Machang menjelaskan bahawa bukan dia membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya dibuat ahli Angkatan Muda Bersatu (Armada).

Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor meminta Awang membuat usul secara bertulis bagi membolehkan pihaknya meneliti handsard mengenai apa yang disebut Jelutong sebelum ini.

Ketika membangkitkan isu itu, Rayer meminta Dewan Rakyat mengenakan tindakan terhadap Ahli Parlimen Machang kerana membuat laporan polis terhadap Anwar.

Isu serupa juga dibangkit Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dengan mendakwa Ketua Armada Nasional melakukan kesalahan jenayah kerana membuat ‘laporan polis palsu’ terhadapnya dan Anwar. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -