Bot nelayan Vietnam paling banyak ditahan

Che Alias Hamid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berdasarkan statistik APMM dari tahun 2006 sehingga Disember 2022, sebanyak 1,629 penahanan bot nelayan asing (BNA) telah dilaksanakan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

- Advertisement -

Menurut KDN, tahanan terbesar adalah BNA negara Vietnam iaitu sebanyak 1,077 buah atau 66.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Selain itu, seramai 14,025 orang kru nelayan warganegara asing telah ditahan oleh APMM dari tahun 2006 sehingga 2022,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Che Alias Hamid [PN-Kemaman] di Dewan Rakyat, hari ini.

Che Alias dalam soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan tegas yang dilaksanakan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing yang semakin meningkat sejak sempadan dibuka sehingga menjejaskan industri perikanan negara.

Tambah KDN, bagi Pasukan Polis Marin (PPM) pula, sejumlah 48 kes tangkapan berjaya dihasilkan dengan pecahan 11 bot nelayan Thailand, 12 bot nelayan Vietnam serta 13 bot nelayan Indonesia dari Januari 2020 sehingga Disember 2022.

“Kesemua nelayan warganegara asing yang ditangkap oleh PPM akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala bagi nelayan warganegara asing yang ditangkap oleh APMM pula akan dibuka kertas siasatan dan akan didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau/dan Akta Perikanan 1985 atau mana- mana akta lain yang berkaitan,” ujarnya.

Menurut KDN lagi, jika sabit kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, bot dan peralatan perikanan boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia manakala, tekong dan kru bot juga akan diperintahkan untuk membayar denda atau dipenjara bila gagal membayar.

Selain itu, tanya sekiranya tekong dan kru bot gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, mereka juga boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63. – HARAKAHDAILY 29/3/2023

- Advertisement -