Usul ditolak, Wan Ahmad Fayhsal sedia pelan kedua

Ahli Parlimen Machang ketika sidang media di Dewan Rakyat, semalam.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Usul berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat, telah ditolak.

Namun Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pembangkang telah menyediakan usul tergempar berkaitan isu itu.

- Advertisement -

“Seperti yang telah dicabar Pengarah JKOM (Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff), saya hadir ke sesi PMQT (sesi soal jawab Perdana Menteri) pagi ini.

“Malangnya, soalan saya berkenaan lawatan rasmi (Ahli Parlimen) Tambun ke Arab Saudi telah ditolak. Sayang peluang yang patut diterangkan dilepaskan begitu saja.

“Namun, saya sudah sediakan ‘backup plan’ semalam, iaitu Usul Tergempar dalam Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2). Maka tiada alasan tidak munasabah untuk Menteri Luar Negeri menjelaskan kepada Dewan Rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial Facebooknya, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, rakyat perlu tahu hasil daripada lawatan tersebut.

“Pembayar cukai berhak tahu apa berlaku di Arab Saudi, siapakah yang wajar bertanggungjawab dan berapa kos perbelanjaan lawatan tersebut,” katanya – HARAKAHDAILY 28/3/2023.

- Advertisement -