Tolong bina dewan SMK Changkat Lada

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) menyuarakan nasib Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada yang dibina sejak 30 tahun lalu, tetapi hingga kini tidak mempunyai dewan.

Katanya, kemudahan itu penting demi keselesaan warga sekolah yang mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan juga akademik.

- Advertisement -

“Pihak sekolah telah berkali-kali memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya kemudahan itu dibina, namun hingga kini, jawapan yang diterima menghampakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Kementerian Pendidikan berhubung status permohonan pembinaan dewan sekolah itu.

“Apakah kementerian ada perancangan untuk membina sebuah dewan tertutup untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Lada di Pasir Salak.

“Mohon ada jawapan,” katanya. – HARAKADAILY 28/3/2023

- Advertisement -