Tazkirah Zohor Ramadan Ustaz Idris Ahmad

Idris membicarakan ceramah berjudul, Tazkiyatun-Nafs dalam program Tazkirah Zohor Ramadan anjuran BAKKAH di ibu pejabat Harakah, Kuala Lumpur pada hari ini, 28 Mac 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Dengan berpuasa, kita dapat mengawal nafsu syahwat daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.”

Demikian antara petikan tazkirah Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai melalui tajuk, Tazkiyatun-Nafs.

- Advertisement -

Beliau muncul dalam program Takzirah Zohor Ramadan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) secara langsung dari pejabat Harakah di Jalan Pahang, Off Jalan Pahang Barat, di sini, hari ini, yang boleh diikuti melalui Facebook Harakahdaily dan Facebook TV PAS. 

Tajuk tersebut menekankan tentang bagaimana amalan berpuasa dapat mendidik nafsu dalam mengamalkan kebaikan.

“Walaupun kita mempunyai akal tetapi akal tidak boleh mendahului wahyu. Apa-apa perkara, wahyu mesti didahulukan.”

“Dalam berpuasa ini, kita akan belajar untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan. Antara nikmat Allah SWT bagi merupakan nikmat air dan nikmat lapar kerana orang yang tidak pernah lapar tidak dapat merasai nikmat lapar.

“Kita tidak merasai segala nikmat yang AllaH SWT berikan kepada kita dan oleh sebab itu Allah SWT memberikan kita berpuasa,” bicara beliau.

Malah, ujar Idris,  ibadah berpuasa juga menyelamatkan umat Islam daripada memakan perkara yang haram dengan melalui mengawal meter kawalan nafsu syahwat terhadap diri manusia itu sendiri.

Ketika ditanya mengenai mengapa manusia masih melakukan perkara syirik, beliau menjawab: “Ia berpunca daripada nafsu sendiri walaupun syaitan sudah diikat.” – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -