SSPN, tajaan JPA dan dot dot dot

- Advertisement -

HARI ini pembayar cukai dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan berkaitan tiada lagi pelepasan cukai bagi pencarum SSPN. Alasan yang diberikan pula secara besarnya adalah kerana ianya tidak dimasukkan dalam Bajet Kewangan 2023, 24 Februari yang lalu.

Dalam laman rasmi JPA juga hebahan berkaitan tawaran penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2023 telah menyenaraikan bidang-bidang tidak ditaja termasuk bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pendidikan.

Belum reda sepenuhnya soal doktor lantikan kontrak dalam tempoh lama, datang pula isu potong tajaan. Simpati buat semua petugas kesihatan dan pelajar-pelajar bidang perubatan, juga anak-anak yang mengejar cita-cita sebagai seorang doktor tapi terhalang ekoran tiadanya penajaan. Begitu juga bidang-bidang lain yang dipotong tajaan dalam bidang pergigian, farmasi dan pendidikan. 

Potong sana-sini terutama melibatkan soal pendidikan. Kesannya besar kepada anak-anak di bawah keluarga B40 yang pandai tapi dipinggirkan oleh Kerajaan Perdana Menteri ke-10 (PMX).

Dan berita gembira untuk semua rakyat Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dapat semula pasport peribadi dan diplomatik secara kekal sekalipun masih berdepan 47 pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -