SPRM teliti maklumat kempen PRU15 dibiayai dana judi

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tindakan mengkaji dan meneliti maklumat dakwaan kempen PERIKATAN NASIONAL di dalam PRU15 turut dibiayai oleh dana daripada syarikat perjudian.

- Advertisement -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, tindakan mengkaji dan meneliti maklumat berkaitan untuk dibangunkan sebagai asas penyiasatan SPRM.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Fadhli dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan siasatan berhubung dakwaan kempen Perikatan Nasional di dalam PRU15 yang lalu turut dibiayai oleh dana daripada syarikat perjudian. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -