Siswa PAS Nasional lancar MTMMN 2023

Ahmad Fadhli (tiga dari kanan) dan Ahmad Haziq (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran Majlis Tabung Makanan Mahasiswa Nasional (MTMMN) 2023 di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/J Kemala)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Siswa PAS Nasional telah melancarkan Majlis Tabung Makanan Mahasiswa Nasional (MTMMN) 2023 bagi membantu golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan makanan tanpa sebarang agenda.

Timbalan Pengerusi Siswa PAS Nasional, Ahmad Haziq Ahmad Eaddie Hafizi berkata bahawa majlis pelancaran tabung tersebut dilaksanakan melalui hasil kerjasama Siswa PAS. 

- Advertisement -

“Walaupun hanya mempunyai belasan Ahli Jawatankuasa (AJK) tetapi pihak kami mendapat kerjasama daripada  kampus-kampus di kawasan Lembah Klang,” katanya yang juga Pengarah Tabung Makanan Siswa Negara.

Turut hadir pada majlis pelancaran tabung yang berlangsung di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam ialah Ketua Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. 

Menurutnya, mahasiswa dan mahasiswi PAS tidak perlu takut untuk berjuang dalam mengembangkan sayap di mana-mana kampus memandangkan undang-undang negara ini sudah mula membenarkan perkara sebegitu.

Majlis Tabung Makanan Mahasiswa Nasional (MTMMN) 2023 bermatlamat bagi membantu golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan makanan tanpa sebarang agenda.

“Saya memberikan sokongan penuh terhadap majlis sebegini dalam membuat amal kebaikan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” katanya.

Majlis pelancaran diakhiri dengan iftar Ramadan bersama-sama dengan jemaah-jemaah PAS yang lain berserta solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang turut menyaksikan kehadiran Timbalan Pengerusi PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -