Mensabit, melepaskan tertuduh terletak budi bicara mahkamah

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, pendakwaan bagi kes-kes berprofil tinggi di mahkamah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang profesional dan berintegriti.

- Advertisement -

Setakat ini, ujarnya tiada kompromi dari segi mutu pendakwaan yang dijalankan di mahkamah bagi kes-kes berprofil tinggi.

Oleh itu, katanya adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat campur tangan dalam perkara itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wan Hassan Mohd Ramli [PN-Dungun] yang meinta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan kerajaan untuk tidak akan campur tangan dalam urusan mahkamah terutama terhadap kes mahkamah berprofil tinggi di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, setiap keputusan untuk mendakwa mana-mana orang yang dibuat oleh Peguam Negara adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi dan mantap, selaras dengan kuasa pendakwa raya yang diperuntukkan oleh Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan mana-mana orang yang dituduh terletak pada budi bicara mahkamah berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -