Kes pemimpin tertinggi kerajaan tiada campur tangan eksekutif?

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Apa jaminan dan langkah kerajaan untuk memastikan institusi kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya dan tiada campur tangan daripada badan eksekutif khususnya dalam kes yang melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan itu kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan soalan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan strategi dan solusi Kementerian untuk menangani kos haji dan umrah yang melonjak naik sejak kebelakangan ini.

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk mewujudkan lebih banyak persaingan dalam industri yang dikaitkan dengan kartel atau monopoli seperti simen, ayam, telur, gula dan lain-lain.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah jangka panjang diambil bagi mengurangkan kadar bankrupsi dalam kalangan usahawan Bumiputera yang baru serta meningkatkan kemampanan golongan terbabit.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk menampung keperluan pekerjaan anak- anak muda di samping mendisiplinkan dan meningkatkan jati diri mereka kerana bilangan anggota tentera yang besar merupakan aset ketenteraan negara yang paling utama yang menjaga keamanan negara.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan dalam tempoh 3 tahun ini (2020 – 2022) apakah platform media sosial yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia dan nyatakan juga apakah kesan langsung Kod Kandungan 2022 yang dijadikan sebagai panduan siaran di media sosial.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar pendidikan yang dirangka oleh Kerajaan bagi menjamin peluang murid tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat cadangan untuk memasang pengacau isyarat (jammer) terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand untuk mengekang jenayah rentas sempadan.

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendirian terhadap semua projek mega di negeri Kedah yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebelum ini, apakah ianya akan diteruskan atau tidak. Jika diteruskan, apakah statusnya yang terkini.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa jumlah pengedar dari kalangan Bumiputera berbanding pengedar non-bumi bagi perniagaan pengedaran kereta nasional Proton khususnya di kawasan Lembah Klang dan juga di seluruh negara.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh mana ketelusan Kerajaan dalam melaksanakan sekatan terhadap kandungan digital di media sosial terutama yang menjurus kepada fitnah dan berita tidak benar.

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah projek-projek utama Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan di Kelantan pada tahun 2020 – 2022 dan adakah Kerajaan akan meneruskan projek-projek tersebut.

Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) pendirian Kerajaan mengenai duit tahanan peneroka FELDA yang memotong 15-20% gaji bulanan peneroka, namun jumlah penolakan hanyalah kurang daripada 10% secara purata setiap bulan; dan

(b) ke manakah duit tersebut digunakan sebelum pembayaran lebihan duit tahanan dibuat pada bulan seterusnya.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan Kerajaan mempertimbang agihan peruntukan pembangunan kawasan Parlimen secara sama rata kepada semua ahli Parlimen.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan Kerajaan untuk tidak akan campur tangan dalam urusan mahkamah terutama terhadap kes mahkamah berprofil tinggi.

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan memandangkan bahawa Astro satu-satunya syarikat yang membekal perkhidmatan penyiaran tersebut. Adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli supaya menggalakkan persaingan sihat di antara syarikat-syarikat penyiaran.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan:

(a) peratusan capaian rangkaian jalur lebar 5G di seluruh negara sehingga kini; dan

(b) sasaran tahun capaian rangkaian jalur lebar 5G bagi seluruh Parlimen Kepala Batas.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan pemberian 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan dan langkah Kerajaan untuk memastikan institusi kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya dan tiada campur tangan daripada badan eksekutif khususnya dalam kes yang melibatkan pemimpin tertinggi Kerajaan.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan siasatan berhubung dakwaan kempen Perikatan Nasional di dalam PRU15 yang lalu turut dibiayai oleh dana daripada syarikat perjudian.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mempercepat penyerahan rumah generasi kedua FELDA yang telah siap kepada pembeli.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan penilaian dasar separuh penggal terhadap Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025 bagi membentengi penularan gejala perlakuan LGBT yang semakin berkembang dalam negara.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan pelaksanaan sistem TRIS (Tracking Refugees Information System) dan MyRC untuk pelarian dan pemegang kad MyRC diberikan ruang untuk berkerja dan bersekolah secara formal, termasuk di universiti dan kolej swasta.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan pembahagian peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen termasuk Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan bilakah Kerajaan akan menubuhkan Majlis Media Malaysia dan adakah ia memerlukan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -