Kelantan anjur Sukma 2028, fasiliti sukan RM276 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelantan yang akan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2028 akan mendapat pelbagai fasaliti sukan bernilai RM276 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS akan membina tujuh fasaliti sukan sebagai persediaan Kelantan menjadi penganjur Sukma.

- Advertisement -

Menurutnya, fasaliti sukan berkenaan dimasukkan dalam Rolling Plan Tiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Tujuh fasiliti sukan berkenaan ialah Stadium Bukit Merbau (RM180 juta), Pusat Akuatik (RM20 juta), Arena Tertutup Sukan (RM25 juta), Stadium Hoki (RM19 juta) dan Pusat Skuash (RM9 juta).

“Selain itu, gelanggang lawn bowl (RM8 juta) dan akhir sekali, pembinaan lapang sasar menembak (RM15 juta),” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad yang meminta kerajaan menyatakan perancangan kerajaan berhubung penganjuran Sukma di Kelantan.

Senator Mohd Apandi Mohamad

Hannah juga yakin kemampuan Kelantan untuk menjadi tuan rumah Sukma lima tahun lagi kerana kerajaan mempunyai tempoh yang mencukupi untuk melaksanakan semua projek berkenaan, selain persetujuan kerajaan negeri berhubung perubahan masa penganjuran.

“Saya pasti dengan jadual baharu penganjuran Sukma yang KBS umumkan, iaitu Sarawak pada 2024, kerajaan Pusat pada 2026 dan seterusnya Kelantan pada 2028,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/3/2023

- Advertisement -