Kaji semula kuasa imigresen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara, Senator Hussin Ismail, mencadangkan kerajaan mengkaji semula terma dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), iaitu kuasa autonomi imigresen.

Katanya, peruntukan kuasa imigresen bagi kedua-dua wilayah Borneo yang mengehadkan kemasukan penduduk Semenanjung lebih 60 tahun lalu, mungkin ada asasnya.

- Advertisement -

Namun, katanya pembentukan Malaysia sepatutnya dibuat tanpa sebarang perbezaan antara satu sama lain, sekali gus kecelaruan dalam pemikiran rakyat berhubung perkara itu dapat diatasi.

“Adakah kerajaan Pusat berhasrat membuat kajian semula mengenai kuasa imigresen yang terpakai di Sabah dan Sarawak. Ke sana ada imigresen, ke sini tiada pula.

“Dalam keserasian kita bagi pembentukan Malaysia, mungkin sudah sampai waktu perkara ini dikaji semula,” katanya pada pada persidangan Dewan Negara. hari ini.

Menjawab isu ini, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula perkara itu.

Malah, katanya perkara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam kerangka penubuhan Malaysia, selain serta menganggap isu itu bukan bebanan kerajaan.

“Sabah dan Sarawak, ‘they are equal partner’ (mereka adalah rakan setaraf). Kita tidak panggil Sabah dan Sarawak sebagai negeri dan ini termaktub dalam Perjanjian MA63.

“Jadi dalam banyak-banyak komponen itu, antaranya ialah kuasa imigresen. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang melihat semula dan sistem ini kekal berjalan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/32023

- Advertisement -