Salur pendidikan kematangan politik buat anak muda

Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke-33, di Tawau, Sabah pada 27 Mac 2023.
- Advertisement -

TAWAU: Dewan Muslimat PAS diseru melakukan lebih usaha dalam menyalurkan pendidikan tentang kematangan politik kepada golongan anak muda.

Perwakilan Dewan Muslimat PAS Tawau, Armawati Amirullah berkata demikian ketika menyentuh tentang antara faktor kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam Pilihanraya ke-15 (PRU-15) lalu.

- Advertisement -

“Keterujaan mengundi kali pertama dalam kalangan anak muda berumur 18 hingga 23 tahun menyerlah semasa PRU-15,” katanya. 

Ini kerana undi anak muda menjadi tumpuan dalam PRU15 apabila rang undang-undang perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan bahawa rakyat negara ini yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi.

Beliau berkata demikian pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke-33, di sini, pada hari ini.

Sementara, Perwakilan Dewan Muslimat PAS Putatan, Nurhayati Sutekno pula berkata, strategi penguasaan anak muda perlu diperkasakan untuk menarik undi khususnya di bumi Sabah dengan memainkan peranan Muslimat muda secara Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS). 

Menurutnya, penguasaan melalui media sosial sangat penting dalam menguasai pengundi anak muda. Sebagai contoh, gelombang TikTok banyak meraih populariti yang tinggi dalam PRU15.

“Justeru,  adalah penting untuk melahirkan ikon anak muda yang mampu memberi pengaruh besar dalam politik melalui persiapan ilmu, mentaliti, membina daya kepimpinan, asah bakat dan potensi diri serta bersedia menerima arahan dan posisikan diri,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -