Purnama peruntuk RM81,000 bantu pelajar keluarga miskin

- Advertisement -

TANAH MERAH: Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Kelantan Darulnaim (Purnama) membelanjakan sebanyak RM81,000 bagi menyediakan kelengkapan sekolah pelajar keluarga miskin tahun ini.

- Advertisement -

Setiausahanya, Datin Nor Ashikin Ahmad berkata, peruntukan itu disumbang kepada 540 pelajar kurang berkemampuan di 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Kelantan.

“Sebelum ini Purnama menyumbang RM100 kepada setiap penerima, namun bermula tahun ini ia ditambah kepada RM150 kepada setiap penerima,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Kembali Ke Sekolah 2023 peringkat DUN Bukit Panau.

Program itu diadakan di Dewan Markas Tarbiah Tanah Merah (MATTAM) Bukit Tebu dekat sini semalam.

Seramai 12 penerima yang terdiri daripada pelajar dan wakil pelajar menerima sumbangan berupa kelengkapan pakaian seragam sekolah dari isteri Adun Bukit Panau, Datin Wan Sakinah. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -