PM perlu jawab isu lawatan Arab Saudi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu menjawab persoalan berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) esok.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, lawatan rasmi Perdana Menteri dianggap gagal dan memalukan negara kerana tidak berjumpa dengan pemimpin negara itu.

- Advertisement -

Menurutnya, pelbagai persoalan berhubung lawatan itu bukan sahaja ditimbulkan oleh Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN), malah rakyat secara keseluruhan.

“Pada hemat kami, lawatan ini gagal kerana seperti yang dimaklumkan Wisma Putra dalam kenyataan media sebelum Perdana Menteri ke Arab Saudi, konon beliau dijemput oleh Raja Salman sendiri dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohd Salman.

“Ini perlu dirungkaikan oleh Perdana Menteri pada PMQT. Kami harap soalan yang kami bawa oleh pembangkang dijawab beliau sendiri. Kami ada, kami tidak lari atau pergi lapor polis, kita mahu dengar jawapan dalam Dewan Rakyat yang mulia.

“Ini adalah satu kebimbangan yang jelas malah memalukan negara. Kami tidak mahu salahkan Wisma Putra, malah tidak mahu juga salahkan kerajaan Arab Saudi. Kami nak tanya kenapa Jabatan Perdana Menteri, tergesa-gesa mengatakan seolah-olah memang ada jemputan rasmi sedangkan tidak ada?” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dijemput ke Arab Saudi, mantan Perdana Menteri dapat bertemu Raja Salman.

“Kalaulah jemputan itu dibuat secara rasmi, kenapa tidak ada langsung pertemuan rasmi tersebut seperti mana yang diterima oleh Ahli Parlimen Pagoh sekitar Mac 2021 pada lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi.

“Pada masa itu, Muhyiddin disambut sendiri oleh Putera Mahkota, Mohd Salman dan dibawa sendiri ke istana, untuk pertemuan empat mata. Di hujung pertemuan itu, Malaysia berjaya mendapat pertambahan kuota jemaah haji,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -