Pindah lapangan sasar ke kawasan selamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) dicadangkan memindahkan lapangan sasar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kampung Penor, Kuantan, ke kawasan yang lebih strategik dan selamat.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, pemindahan lapangan sasar tersebut bertujuan mengelakkan menjadi ancaman kepada penduduk.

- Advertisement -

“Isu yang saya nak bangkitkan berhubung satu lapangan sasar TUDM di Kampung Penor, Kuantan.

“Saya fikir banyak kali sudah perkara ini dibangkitkan, kawasan ini sangat tidak sesuai kerana berada di tengah-tengah perkampungan.

“Beberapa kali insiden yang menyebabkan lembu penduduk terkena bedilan dari udara ke bumi kerana ia berada berhampiran pantai, ia mendatangkan risiko kepada nelayan pantai yang sentiasa berada di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, walaupun kawasan itu dipagari tetapi sebahagian besar pagar telah rosak. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -