Permohonan keahlian PAS meningkat setiap bulan

- Advertisement -

AMPANG: PAS terus mendapat peningkatan sokongan dan dukungan apabila permohonan keahlian PAS kian bertambah pada setiap bulan di seluruh negara.

Terbaharu, telah diluluskan 4,179 permohonan bagi bulan Februari-Mac 2023 pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Kali Ke-17 di Hotel Grand Barakah, di sini kelmarin.

Permohonan tertinggi datangnya daripada Kedah iaitu 935, diikuti Kelantan (894), Perak (486), Terengganu (431), Pahang (406), Selangor (404), Pulau Pinang (124) dan Perlis (100).

Manakala Johor (69), Melaka (57), Negeri Sembilan (45), Wilayah Persekutuan (27), Sabah (14) dan Sarawak (1), sementara yang memohon secara pendaftaran terus adalah 186.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding bulan Januari-Februari 2023 iaitu sebanyak 3,856 serta bulan sebelumnya iaitu Disember 2022-Januari 2023 yang menerima 3,966 permohonan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria yang hadir pada mesyuarat tersebut berkata, ia menunjukkan PAS semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Buat pimpinan PAS, ia datang dengan tanggungjawab memberi kefahaman kepada ahli baharu. Jelas, kewujudan PAS sejak sebelum Merdeka lagi memainkan peranan penting dalam semak imbang politik tanah air.

“PAS komited membawa nilai-nilai murni Islam berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Semoga Allah pandu hidup kita ke arah petunjuk-Nya,” ujar beliau – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -