Penduduk miskim kaum Siam terima rumah dhuafat

- Advertisement -

TUMPAT: Keluarga penduduk miskim kaum Siam di Kampung Jubakar menerima rumah dhuafat yang bernilai RM55,000 disumbang kerajaan negeri.

- Advertisement -

ADUN Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat berkata, rumah tersebut dibina untuk keluarga Uthai A/L Enui, 43 dan isterinya Thikwa A/P Ehdam, 39 bagi membolehkan mereka tinggal di kediaman lebih selesa.

Katanya, kerajaan Kelantan tidak pernah meminggirkan masyarakat minoriti
bagi mendapat bantuan kerajaan negeri yang menepati syarat-syarat ditetapkan.

“Mereka turut mendapat hak yang sama sekiranya benar-benar layak terutamanya keluarga penduduk miskin,” katanya selepas menyerahkan kunci rumah terbabit kepada keluarga berkenaan semalam. (Foto atas)

Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri, kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama sentiasa diutamakan selaras Kelantan negeri berkebajikan.

Menurutnya kerajaan negeri berusaha menyediakan kediaman lebih selesa secara percuma kepada rakyat yang kurang berkemampuan.

Skim Rumah Dhuafat diperkenalkan kerajaan Kelantan bermula 2009 dan sehingga sekarang sebanyak 1,282 rumah baharu dan 7,381 rumah dibaik pulih menerusi program berkenaan. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -