Nilai semula tahap akademik murid luar bandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tahap penguasaan akademik murid sekolah rendah, terutama di kawasan luar bandar selepas pandemik Covid-19 mendapat perhatian Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing).

“Saya minta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan usaha kerajaan bagi menilai semula tahap penguasaan akademik murid berkenaan,” katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh KPM bagi memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

“Pada peringkat sekolah rendah, KPM memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi atau Primary Literacy and Numeracy (PLaN) untuk memastikan murid menguasai sekurang-kurangnya tahap minimum.

“Modul latihan intervensi berfokus dan Terbeza (MoLIB) serta Schemes of Work (SOW) juga disediakan untuk kegunaan guru bagi menangani isu penguasaan 3M dalam kalangan murid.

“PLaN juga menyediakan bahan bantu belajar murid serta item pentaksiran untuk menyokong pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -