Lawatan PM: ‘Something is very wrong somewhere’

- Advertisement -

SAYA pernah ikut lawatan rasmi Menteri ke luar negara. Saya terlibat dengan mesyuarat melibatkan Kementerian, Wisma Putra dan negara yang dilawati bagi persediaan lawatan. Protokol lawatan biasanya Wisma Putra akan uruskan dengan rakan sejawat Perdana Menteri atau Menteri supaya ada pertemuan setara.

Sebagai contoh, kalau lawatan Menteri Pertahanan, maka Menteri Pertahanan negara tersebut akan sambut dan jadi host. Kalau Perdana Menteri yang melawat, maka Perdana Menteri negara tersebut akan menyambut malah akan jadi tetamu Kerajaan. Wisma Putra juga akan anjurkan lawatan dan pertemuan strategik di negara yang dilawati mengikut kehendak Perdana Menteri dan Menteri yang melawat. Kalau jadual tidak kena, lawatan tidak akan dibuat at the first place. 

Dalam kenyataan media Wisma Putra, Perdana Menteri dijemput oleh Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman (MBS). Perdana Menteri turut akan melawat Raja Salman. Namun setelah lawatan tamat, tiada satu pun gambar pertemuan dan lawatan ini. Something is very wrong somewhere. 

Jarang Perdana Menteri Malaysia pergi satu negara, tak dapat jumpa Perdana Menteri negara tersebut. Perdana Menteri Bangladesh pun dapat jumpa MBS. Perdana Menteri South Africa pun dapat jumpa MBS. Perdana Menteri negara lain semuanya dapat jumpa MBS atau King Salman. Kalau sudut nilai eksport, kita lebih utama dari Bangladesh dan South Africa. Namun, Perdana Menteri ke-10 (PMX) tidak dilayan oleh MBS. Pada saya ini kemaluan sungguh buat PMX.  

PMX cover kata Saudi suruh tunggu nak jumpa pemimpin mereka, tapi PMX kena balik. Saya harap kita semua percayalah, penat PMX fikir alasan macam mana nak cover malu. PMX pun jangan kecewa, okeylah itu dapat buat Umrah dengan dikawal polis Makkah, dapat makan kurma fresh dan dapat minum susu unta. Cuma nasihat saya kepada PMX, lepas ini tak payah pergilah kalau negara itu tak terima anda. Kemaluan bukan hanya pada anda, tetapi seluruh negara. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/3/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0QtTHk5ueNeBifxaDkEDToMtPTjTXQAKrVJdCXyBmpAZridAnuopAhJsBfCczJhH9l/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -