Kukuhkan kekuatan pertahanan sempadan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kekuatan anggota tentera di sempadan negara perlu dipertingkatkan bagi menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan.

Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) berpandangan, perkara itu wajar dipandang serius kerana melibatkan keselamatan negara.

- Advertisement -

“Saya cukup prihatin tentang keselamatan sempadan di Sarawak, jadi saya minta, kita bagi perhatian serius untuk meningkatkan keanggotaan tentera.

“Begitu juga pencerobohan di kawasan Sabah, saya nak beritahu ada pencerobohan di sana,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan juga melahirkan keprihatinan mengenai Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mereka sudah berjasa kepada kita, sekarang kita pada zaman moden, tetapi mereka masih sengsara. Kami PERIKATAN NASIONAL (PN) akan memperjuangkan nasib veteran tentera sampai bila-bila,” katanya.

Dato’ Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) dalam celahannya berkata, Umno terlebih dahulu memperjuangkan nasib veteran tentera, manakala PN menambahkan lagi kebaikan yang diperjuangkan.

“Kalau Umno dahulu, baik. Tetapi yang UmDap ini saya tidak tahu,” balas Shahidan menggamatkan Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -