Kasihani anggota polis tinggal di kuaters usang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hari Polis Negara baru sahaja diraikan, namun isu kuarters anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum selesai.

Zahari Kechik (PN-Jeli) berkata, isu tersebut tidak boleh diketepikan sebagai tanda penghargaan kepada anggota PDRM yang menjaga kemananan negara.

- Advertisement -

“Lebih mengejutkan terdapat kuarters yang dibina daripada kayu berada dalam keadaan usang dan tidak pernah diselenggara sejak dibina kira-kira 50 tahun lalu.

“Maka timbul pelbagai masalah membabitkan kuarters begini seperti tandas tersumbat dan tombol pintu rosak,” katanya ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan data dari laman web data.gov.my, Zahari berkata, terdapat sebanyak 61,433 unit kuarters PDRM dengan 51,831 unit berpenghuni, manakala 9,500 unit lagi rosak.

Justeru, katanya perkara itu perlu diambil berat sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan anggota polis yang memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara.

“Isu ini tidak boleh diketepikan dan saya memohon supaya kita tak boleh bertolak ansur dalam menjaga kepentingan PDRM,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -