Isu rakyat jadi keutamaan Pemuda PAS Sabah

- Advertisement -

SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Sabah membentuk saf kepimpinan baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion bagi memantapkan sayap parti itu di negeri tersebut.

- Advertisement -

Pemuda PAS Sabah sesi baharu diketuai Hendri Hamsah, Timbalan Ketua Pemuda Khairul Azlee Mohd Yunus dan Naib Ketua Pemuda Huzaini Rohani.

Manakala Ahli Jawatankuasa yang dipilih termasuk Mustaman Mustain, Jumaidin Lakalla, Kasman Karate, Rosli Hasan, Aqmady Hamsi, Hasrianto Hassan, Rijal Nasri, Azlan Othman, Tarmizi Mohd Yahya dan Landari Labobo.

Kepimpinan baharu Pemuda PAS Sabah diumumkan Penyelaras Pemilihan muktamar Dewan Pemuda PAS negeri Nasir Morni pada mesyuarat yang diadakan semalam.

Hendri berkata, pemimpin pemuda perlu mempertingkatkan kualiti diri dan penampilan dengan belajar daripada pengalaman.

“Ia akan membantu PAS Sabah bagi menghadapi cabaran yang kompleks dan memastikan parti itu terus berkembang di Sabah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya juga Pemuda PAS hendaklah menjadi pemimpin pemuda yang inklusif dengan membawa suara rakyat.

Di samping itu kata beliau memfokus isu-isu penting bagi memastikan kebajikan ahli terbela dan masalah rakyat diberi keutamaan. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!