Hotel di Kelantan terima tempahan hampir 90 peratus

- Advertisement -

KOTA BHARU: Industri perhotelan di Kelantan semakin pulih selepas melalui situasi sukar ketika pandemik Covid-18 melanda negara dua tahun lepas.

- Advertisement -

Kehadiran orang ramai ke Kelantan semakin meningkat, malah banyak hotel menerima tempahan hampir 90 peratus ketika cuti sekolah baru-baru ini.

Pengurus Besar The Grand Reenai Hotel, Amer Ahmad berkata, hotelnya turut menerima tempias dengan kedatangan pelancongan yang begitu menggalakkan sekarang.

“Rata-rata pelancong khususnya domestik bertali arus mengunjungi Kelantan. Ada dari Kuala Lumpur, negeri sebelah utara dan Pahang mengambil peluang berkunjung ke Kelantan.

“Ia memberi impak yang baik kepada ekonomi Kelantan khususnya industri perhotelan, katanya ketika ditemui pada majlis ‘review food Ramadan’ di hotel berkenaan semalam.

Beliau juga berharap kerajaan menganjurkan seminar di hotel-hotel bagi merancakkan semula industri perhotelan.

Amer juga berkata, The Grand Reenai Hotel sentiasa menanti kedatangan pelancong termasuk dari luar negara.

Menurutnya juga hotel terbabit turut membuat kerja-kerja pengubahsuaian beberapa bahagian supaya lebih kemas dan teratur setaraf dengan hotel bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, kata beliau sepanjang Ramadan hotel tersebut menyediakan 100 menu setiap hari yang disediakan chef berpengalaman lebih 30 tahun. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -