Cukai baharu tambah pendapatan negara ketika ini?

Dato’ Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan diminta menyatakan adakah kementerian merancang untuk memperkenalkan jenis percukaian yang baharu bagi menambahkan pendapatan negara pada ketika ini.

- Advertisement -

Soalan itu dikemukakan oleh Senator Dato’ Husain Awang pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan pada persidangan Dewan Negara, hari ini sebagaimana di bawah.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan bilakah jaringan 5G dapat dicapai untuk seluruh Malaysia memandangkan terdapat banyak kawasan yang liputan internet masih rendah dan tiada langsung jaringan internet.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan berapakah statistik graduan Doktor Falsafah di Malaysia dan apakah bidang paling tinggi yang tidak mendapat peluang pekerjaan.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimanakah Kementerian melalui garis panduannya akan mengutamakan penilaian daripada perspektif keselamatan berhubung dengan penguatkuasaan penjualan mercun dan bunga api yang telah mendapat perkenan Kerajaan seperti insiden kecederaan atau kematian disebabkan mercun dan bunga api.

Datuk Razali bin Idris minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah kaedah dan tindakan memerangi berita bohong di media sosial tetapi dalam masa yang sama tidak menyekat kebebasan bersuara.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapakah sasaran kemasukan pelabur asing bertaraf mega dan jumlah dana yang dijanjikan oleh pelabur asing tersebut.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah perincian mengenai jumlah perbelanjaan ketenteraan dalam pembentangan bajet negara yang baru menjelang 2023, seperti mana yang telah dibentangkan tentang bajet perbelanjaan ketenteraan dan keselamatan untuk Semenanjung Malaysia.

Datuk John Ambrose minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana perancangan strategik dan hala tuju Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) yang akan diperkenalkan serta hasil yang diperoleh daripada sesi meja bulat yang telah dijalankan sebelum ini.

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah strategi Kementerian bagi terus mengekang normalisasi budaya LGBTQ dalam masyarakat khususnya melalui penerbitan bahan-bahan bacaan yang songsang.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah bilangan murid yang mempunyai keterangan keturunan sebagai Siam dan Thai/Thais/Thailand dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan keterangan seperti keturunan dan agama bagi murid berketurunan Siam dalam APDM adalah selaras dengan maklumat yang terkandung dalam sistem maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Kementerian telah mengambil sebarang pendekatan termasuk penyelidikan dalam menambahkan laluan/lorong tambahan dari dua kepada tiga terutamanya menghala ke Johor dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas lebuh raya terutamanya ke arah selatan.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menyediakan sumbangan sehingga 25 peratus melalui perlindungan takaful atau polisi insurans serendah RM50 khususnya kepada golongan belia yang bekerja sendiri.

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah projek Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura akan diteruskan.

Datuk John Ambrose minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai Kementerian dalam membantu wanita luar bandar khusus di Sabah dan Sarawak yang mengusahakan kraf tangan sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengisi kekosongan perjawatan yang begitu lama di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraannya bagi sepuluh tahun yang terakhir mengikut keturunan, tahap pendidikan, umur, jantina dan negara yang dipilihnya.         

Datuk Bobbey Bin Suan minta Perdana Menteri menyatakan berapakah bilangan wanita daripada kaum minoriti di Malaysia khususnya wanita daripada kaum etnik orang asal Borneo dan lain-lain dilantik ke jawatan tinggi di jabatan dan agensi Kerajaan termasuk ahli lembaga korporat syarikat berkaitan Kerajaan.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah usaha-usaha atau tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah banjir yang makin kerap berlaku di beberapa negeri.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian merancang untuk memperkenalkan jenis percukaian yang baharu bagi menambahkan pendapatan negara pada ketika ini.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Ddn Perubahan Iklim menyatakan apakah pendirian Kerajaan dalam memberi insentif kepada Kelantan terhadap usaha mengekalkan Hutan Simpan Kekal dan sekali gus menyumbangkan Kelantan sebagai paru-paru negara memandang Kelantan masih diliputi 51% hutan Keluasan Hutan Simpan Kekal di Negeri Kelantan.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah terdapat usaha pihak Kementerian dalam mengkaji supaya diadakan jumlah paras tetap minimum elaun bagi program latihan industri sekurang-kurangnya dapat menampung kos makan dan perjalanan seharian. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -