Aset agensi pertahanan alami keusangan kronik

Dato’ Seri Hamzah Zainudin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainudin [Larut] berkata, ketika ini aset agensi keselamatan dan pertahanan mengalami masalah keusangan kronik dalam mendepani isu pencerobohan sempadan negara.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah kerajaan sedia menimbangkan gesaan dan keperluan meningkatkan peruntukan sektor keselamatan dan pertahanan negara kepada 1.5 peratus  daripada KDNK pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan-soalan daripada Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Menteri Kewangan menyatakan bilakah subsidi bersasar akan dilaksanakan seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 November 2022. Apakah Kerajaan boleh menjamin bahawa harga barangan tidak akan meningkat apabila subsidi bersasar dilaksanakan.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan menilai semula tahap penguasaan akedemik murid sekolah rendah khususnya di kawasan luar bandar selepas pandemik COVID-19.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapa jumlah duit Kerajaan Negeri Terengganu yang digunakan untuk pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2); dan

 (b) adakah Kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran balik kepada Kerajaan negeri dan jika ya, nyatakan berapa yang telah dibayar dan berapa baki yang belum dilunaskan.

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) status pengambilan guru baharu tahun 2022; dan

(b) perincian pengambilan guru mengikut opsyen mata pelajaran bagi tahun 2016 hingga tahun 2022 dan unjuran pengambilan guru bagi tahun 2023 hingga 2027.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Menteri  Kerja Raya menyatakan status terkini pembangunan jalan empat lorong daripada Pokok Sena sehingga ke Bandar Durian Burung sebagai langkah pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jaminan Kerajaan di dalam meningkatkan prestasi Malaysia dalam Global Food Security Index (GFSI) kerana dilaporkan bagi tahun 2020 Malaysia berada di tangga 41 daripada 113 buah negara dengan mencatatkan prestasi sederhana dengan skor sebanyak 69.9% sahaja.

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam industri perladangan sawit.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan peruntukan Program Rancangan Khas (RMT) dan mekanisme pemantauan makanan RMT untuk memastikan murid sekolah mendapat makanan yang berkhasiat.

Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bilangan penglibatan belia dalam industri pertanian, perladangan dan penternakan dan insentif yang diberikan oleh pihak Kerajaan dan Kementerian bagi menggalakkan penglibatan golongan belia dan sektor agropreneur.

Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk melaksanakan kaedah penjadualan semula bayaran, subsidi bersasar dan pemberian moratorium seperti saranan pakar-pakar ekonomi dalam usaha meringankan beban rakyat berikutan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka naik lagi.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah punca kelewatan bekalan benih padi kepada petani-petani dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Dato’ Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah MAFS bagi menjamin bekalan sayuran mencukupi dan harga terkawal serta tidak membebankan rakyat.

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan statistik jumlah kuarters guru yang ada di seluruh negara mengikut negeri, berapa jumlah kuarters yang masih digunakan dan berapa yang tidak digunakan dan terbiar.

Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf Jalan Raya Persekutuan FT076 dari Kuala Kangsar, Perak ke Baling, Kedah lebih-lebih lagi jalan yang melalui Daerah Hulu Perak (Lenggong–Gerik–Pengkalan Hulu). Ini kerana jalan raya ini merupakan jalan utama yang menghubungkan daerah Hulu Perak dan jalan utama bagi pelancong ke sempadan Malaysia–Thailand.

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah Kerajaan sedia menimbangkan gesaan dan keperluan meningkatkan peruntukan sektor keselamatan dan pertahanan negara kepada 1.5% daripada KDNK, memandangkan ketika ini aset agensi keselamatan dan pertahanan mengalami masalah keusangan kronik dalam mendepani isu pencerobohan sempadan negara.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan platform Didik TV yang telah dilancarkan oleh Kerajaan semasa tempoh pandemik dan usaha Kementerian untuk menambah baik kandungan di bawahnya.

Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) jumlah tanah milikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); dan

(b) perincian lokasi dan jenis pembangunan di tanah tersebut bagi tujuan pembangunan sektor nelayan Pulau Pinang dan secara am di Malaysia.

Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah baharu Kerajaan dalam membantu rakyat dan peniaga yang terbeban dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan memberi kesan terhadap kos pembiayaan dan pendapatan boleh guna sebenar kepada rakyat.

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi kesesakan kenderaan di jalan raya di seluruh Malaysia terutama di waktu puncak dan musim perayaan.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan strategi Kementerian dalam usaha menangani isu kejatuhan harga getah yang telah menyebabkan pendapatan penoreh getah sangat terjejas dan memberi kesan dalam kehidupan seharian.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) jumlah peminjam yang telah memohon dan diluluskan moratorium pinjaman bank sejak pandemik COVID-19; dan

(b) adakah Kementerian bercadang meneruskan moratorium tanpa faedah atau caj tambahan.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) apakah sebab hasil padi di daerah Kerian, Perak yang menurun semenjak tiga hingga empat musim kebelakangan ini sehingga jatuh ke paras 3.8 tan berbanding hasil purata tinggi pernah dicapai sehingga 4.6 tan; dan

(b) apakah tindakan Kerajaan bagi membantu golongan petani terjejas.

Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menstabilkan dan memastikan harga getah tidak jatuh menjunam sehingga membebankan penoreh getah.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Kewangan menyatakan perincian pemberian subsidi sebenar yang sedang ditanggung oleh Kerajaan. Adakah Kerajaan berhasrat untuk mengkaji pemberian subsidi yang lebih bersasar sesuai dengan kajian implikasi subsidi yang diumumkan Kerajaan sebelum ini.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian membuat kaji semula berkaitan elaun dan gred hakiki penolong kanan dan guru besar. Ramai guru menolak untuk menjadi pentadbir kerana gred dan elaun yang rendah tapi beban tugas yang besar.

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah projek Lebuh Raya Pantai Barat/ West Coast Expressway (WCE) daripada Batu Hampar hingga susur keluar Changkat Jering akan tertangguh lagi pembinaannya, setelah gagal siap sebelum-sebelum ini. Berapa peratusan (%) kemajuan projek yang telah dilaksanakan. Bilakah tarikh projek ini boleh disiapkan.

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Pendidikan menyatakan status laporan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) yang dibentuk oleh Kementerian pada 2018, sejauh mana ia sudah diteliti dan tindakan yang diambil atas laporan berkenaan.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah peruntukan segera terhadap kerosakan Jalan Raya Persekutuan selepas musim tengkujuh yang mana terdapat beberapa kerosakan seperti kepudaran jalur putih, kekurangan lampu jalan/ rosak di jalan T122 Jalan Jerangau-Jabor Penghantar, T14 Jalan Jabor-Al-Muktafi Billah Shah dan T122 Jalan Bukit Besi-Dungun dan sebagainya yang membahayakan pengguna jalan raya terutama pada malam hari. – HARAKAHDAILY 27/3/2023

- Advertisement -