Muslimat perlu juarai setiap isu masyarakat di Sabah

Sebahagian perwakilan pada Muktamar Tahunan Muslimat PAS Sabah.
- Advertisement -

TAWAU: Muslimat PAS harus keluar dari zon selesa dengan melaksana gerak kerja menyantuni rakyat di pelbagai lapisan dan ras budaya bagi membolehkan parti itu menjuarai setiap isu dalam masyarakat Sabah.

- Advertisement -

Perwakilan Muslimat Sandakan Nur Syafawani Ramlan berkata, melalui gerak kerja tersebut membolehkan rakyat mengenali Muslimat PAS lebih dekat dan mereka tidak kekok bercampur di setiap program dianjur Muslimat.

Selain itu katanya muslimat disaran mewujudkan kerjasama dua hala dengan pelbagai agensi wanita sama ada di peringkat negeri atau persekutuan antaranya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA).

“Dewan Muslimat mesti menjadi juara dalam menangani isu semasa tempatan berkaitan wanita. Ini membolehkan rakyat melihat potensi muslimat PAS apabila memegang tampuk pemerintahan nanti,” katanya pada perbahasan sempena Muktamar Dewan Mislimat PAS Sabah yang di sebuah hotel di sini semalam.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke-33 mengetengahkan tema ‘Perkasakan Dakwah, Perkasakan Perpaduan Ummah’.

Nur Syafawan juga berkata, Muslimat perlu memahami perbezaan agama dan budaya bagi meraikan perbezaan, agar jurang ketidakfahaman dapat dikecilkan memandangkan Sabah mempunyai hampir 30 kumpulan etnik.

Sementara itu perwakilan Kalabakan, Salmi Din menegaskan perpaduan yang mahu diwujudkan mestilah mengikut model dari sirah Rasulullah SAW selaras dengan buku tulisan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertajuk ‘Politik Matang dan Sejahtera’.

Katanya juga Dewan Muslimat disaran menyediakan manual dakwah yang relevan dan sesuai dengan masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama.

Selain itu beliau berharap diperkasakan program dakwah dan kebajikan yang menjadi tunjang utama dalam usaha mewujudkan perpaduan dalam masyarakat. – HARAKAHDAILY 26/3/2023

- Advertisement -