Muslim Care bantu bina rumah Makcik Ramlah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tidak lama selepas kemenangan Ustaz Kamal Ashaari di Parlimen Kuala Krau, Sekretariat Parlimen Kuala Krau telah mengenal pasti seorang penduduk Ramlah Abas tinggal di sebuah rumah using.

- Advertisement -

Pusat Khidmat Parlimen Kuala Krau menerusi Facebook memaklumkan Makcik Ramlah tinggal bersama anaknya iaitu seorang ibu tunggal yang sakit bersama tujuh orang cucu.

Sehubungan itu, Ustaz Kamal telah berusaha bersama dengan Muslim Care untuk membina rumah baharu kepadanya.

Semalam, impian Makcik Ramlah telah dapat ditunaikan dengan penyerahan kunci rumah berkenaan kepadanya.

Turut hadir Adun Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Hamid, wakil Muslim Care dan Sekretariat Parlimen Kuala Krau.

Pihak Sekretariat Parlimen Kuala Kra mengucapkan jazakallah khairan kepada semua yang terlibat. – HARAKAHDAILY 26/3/2023

- Advertisement -