Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal?

- Advertisement -

SECARA umumnya, terdapat tiga bentuk lawatan ke luar negara, iaitu lawatan rasmi (official visit), lawatan perniagaan (business trip), dan lawatan umrah (umrah visit); yang mempunyai objektif, sambutan dan aturan tersendiri.

- Advertisement -

Bagi sesebuah lawatan rasmi, objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin, sambutannya penuh protokol, kemuncaknya kunjungan hormat ketua negara atau rakan sejawat, dan disambut di istana atau pusat pentadbiran negara.

Memetik laporan Bernama bertarikh 22 Mac 2023, “Sepanjang lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam”.

Namun kunjungan hormat di Istana Al-Salam yang dikatakan telah dijadualkan, tidak berlangsung seperti yang telah ditetapkan.

Bagi sesebuah lawatan perniagaan pula, objektifnya adalah untuk meningkatkan hubungan dagang antara dua negara.

Laporan menyatakan pertemuan dengan komuniti perniagaan berjaya diaturkan di Jeddah, dan beberapa MoU telah ditandatangani, walaupun tidak disaksikan bersama oleh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, ataupun Menteri Kewangan Arab Saudi.

Manakala bagi sesebuah lawatan umrah, objektifnya adalah untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.

Alhamdulillah, PMX berjaya menunaikan umrah dengan sebaiknya, diiringi isteri, Menteri Luar dan Menteri Komunikasi Malaysia. Semoga beroleh umrah yang mabrur.

Persoalannya, adakah lawatan PMX ke Arab Saudi boleh dianggap sebagai suatu ‘kesipuan diplomatik’ dalam sejarah hubungan akrab antara dua negara, malah timbul persoalan tentang keupayaan dan ‘kebijakan diplomasi’ di pihak PMX dan Menteri Luar.

syahir2
Syahir Sulaiman

Ini pastinya menuntut kepada suatu penjelasan yang tuntas daripada PMO bagi mencerakinkan apakah objektif, persiapan, penyusunan, dan keseluruhan kos lawatan PMX ke Arab Saudi kali ini, dan terpenting apakah pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah ini.

#MalaysiaMadani
#diplomasi

SYAHIR SULAIMAN
Bachok
4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

- Advertisement -