Tarbiah, wala’ dan pengorbanan kunci kekuatan parti

- Advertisement -

SEMPORNA: “Tarbiah, wala’ dan pengorbanan kunci kepada kekuatan parti,” kata Timbalan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden.

- Advertisement -

Katanya, antara punca kekuatan PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam memperoleh jumlah kerusi yang besar pilihan raya umum (PRU) lepas kerana sikap ahli taat dan sanggup berkorban demi perjuangan parti.

“Ada yang menyumbang harta, ada yang menyumbang tenaga, namun  bagi saya kesemua itu sebenarnya mereka menyumbang keikhlasan dan keyakinan.

“Dengan keyakinan dan keikhlasan inilah yang menjadi penyumbang kemenangan PAS, tidak kira PRU lepas mahupun PRN akan datang,” ujarnya sewaktu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali-36, di sini. Turut hadir sama, Ketua Penerangan DPPM, Khairul Nadzir.

Menurutnya lagi, seharusnya pemuda juga mencontohi generasi terdahulu.

“Walaupun mereka sedikit, namun masih boleh menang dalam menarik manusia kepada Islam, kerana keutamaan adab dan akhlak mereka dalam menyebarkan Islam,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Alot Setar.

Beliau juga turut menyeru pemuda terus bekerja memperkemas organisasi dan menambah bilangan ahli setiap peringkat kawasan. – HARAKAHDAILY 25/3/2023

- Advertisement -