‘Mesti Menang’ agenda Pemuda PAS Sabah hadapi PRN17

- Advertisement -

SEMPORNA: Pemuda PAS mengangkat agenda ‘Mesti Menang’ sebagai persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dijangka diadakan pada tahun 2025.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hendri Hamsah berkata, agenda itu menjadi fokus dengan mengambil kira kekuatan ahli dan penyokong PAS serta kedudukan geografi Sabah.

Menurutnya agenda tersebut dibincangkan secara lumat pada Pemukiman Politik Pilihanraya PAS Sabah yang diadakan dua kali sebelum ini.

“Tugas tersebut sekarang dipikul setiap pemuda PAS bagi memenangkan parti itu di Sabah,” katanya pada muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Sabah hari ini.

Beliau juga berkata, setiap Dewan Pemuda PAS kawasan perlu menguasai ilmu-ilmu pilihan raya yang sentiasa dinamik dengan mengadakan siri-siri kursus pilihan raya yang ditetapkan dan memastikan proses culaan digerakkan setiap masa.

Sementara itu sempena muktamar tersebut diadakan pelancaran Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Muda Sabah.

Hendri berkata, dengan adanya DHPP Muda memberi isyarat PAS sangat terbuka dan mengutamakan toleransi antara kaum dan agama serta bersama dalam memperjuangkan isu kepentingan masyarakat dan Bumiputera.

“Walaupun masih di peringkat awal, namun usaha mewujudkan DHPP Muda perlu dilihat sebagai potensi besar untuk mengembangkan sayap Dewan Pemuda PAS Sabah,” ujarnya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Sabah kali ke-36 tersebut diraamikan Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden. – HARAKAHDAILY 25/3/2023

- Advertisement -